PENUBUHAN


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Salam dan selawat keatas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW, keluarga para sahabat tabi’in dan tabi’ tabi’in.
Alhamdulilah, lebaran  tahun 2012 telah tiba. Kami warga Sekolah Kebangsaan Seri Budiman berazam sentiasa dan akan  melaksanakan semua tugas dengan jayanya demi memastikan visi sekolah tercapai.
Buat julung kalinya,pihak sekolah telah membentuk Biro Radio Sekolah dibawah pengawasan Pusat Sumber Sekolah. Namanya agak asing namun sebenarnya pelaksanaannya sudah diketahui umum. Apa yang perlu hanya penambahbaikan agar ia berjalan dengan teratur, bersistematik dan lancar. Di samping itu, ia merupakan salah satu cabang  penyumbang ke arah pembentukan peribadi murid di sekolah ini. Insyaallah.
Terima kasih kepada pihak sekolah ,guru-guru dan murid-murid kerana menyokong Biro Radio Sekolah. Semoga ia berjalan dengan baik dan memberi input yang berguna kepada semua pendengar.



OBJEKTIF
  • Melatih murid sebagai DJ sekolah yang berani, berkenyakinan dan beril
  • Memberikan input atau pengetahuan kepada semua murid secara tidak lansung
  • Satu landasan untuk melatih murid sebagai pengacara majlis.
  • Membentuk kumpulan murid yang aktif sebagai pemimpin



 KONSEP
  •  Perlantikan DJ sekolah.

Bil
Sasaran
Cara
1.
Pengawas sekolah
Temuduga dan uji bakat
2.
Murid biasa tahun 3 hingga 6 yang berminat

Murid yang terpilih akan dilatih oleh guru yang berkenaan. Untuk permulaan seramai 25  orang  murid diperlukan sebagai DJ dan juga pembaca doa.

Hari
DJ
Pembaca doa
Jumlah keseluruhan
Ahad
3 orang
2 orang
5
Isnin
3 orang
2 orang
5
Selasa
3 orang
2 orang
5
Rabu
3 orang
2 orang
5
Khamis
3 orang
2 orang
5
Jumlah
15 orang
10 orang
25 orang


  • Pelaksanaan


          i.            Jadual murid yang bertugas.
Setiap hari suara DJ akan berkumandang di speaker sekolah. Bagi memastikan ia berjalan dengan lancar, jadual bertugas murid akan ditetapkan dan ditampal dibilik Radio sekolah.


        ii.            Setiap hari DJ akan menggunakan bahasa yang  berbeza, sila rujuk dibawah :
Hari
Catatan
Ahad
Bahasa Melayu
Isnin
Bahasa Inggeris
Selasa
Bahasa Arab
Rabu
Bahasa Melayu
Khamis
Bahasa Inggeris

      iii.            DJ akan memberikan info / tazkirah/ aktiviti /arahan terkini ( perhimpunan, RMT, berbaris di luar kelas ) yang berlaku atau akan berlaku disekolah ini atau dinegara kita yang bersesuaian dan mendapat kebenaran dari pihak sekolah atau guru . Selain itu, Dj juga berperanan membuat pengumuman disekolah ini pada masa yang telah ditetapkan.

Peraturan pengumuman :

  1. Guru hendaklah menulis perkara yang hendak diumumkan dibuku laporan dibilik pengumuman.
  2. Pengumuman akan dibuat pada watu pagi iaitu selepas bacaan doa.
  3. Pengumuman  akan dibuat pada selepas  sahaja waktu rehat tahap 2.
  4. Pengumuman boleh dibuat pada waktu-waktu yang lain jika mendapat kebenaran pihak pentadbiran sekolah.


 
Bahan-bahan maklumat

                                        i.            Lafaz bacaan doa pagi dan tengahari
                                      ii.            teks permulaan akan diberikan kepada DJ dan teks yang seterusnya akan dibuat oleh Dj-dj tersebut dibawah penyeliaan guru.
                                    iii.            Zikir dan Lagu-lagu selingan akan disediakan oleh guru.
                                    iv.            radio khas yang mempunyai CD player  diperlukan
                                      v.            Buku pengumuman diperlukan. Buku ini akan disimpan di galeri sekolah sebagai arkib.
                                    vi.            Dua mikrofon tetap.
 

0 comments:

Post a Comment